OKTOBER 2022

Belia Sarawak Pemacu Pembangunan Sarawak - Abg Jo


PETRA JAYA, 22 OKT. 

Ketibaan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Haji  Openg ke Majlis Sambutan Hari Belia Peringkat Sarawak bertempat di Dataran Perayaan, Petra Jaya di sambut dengan riang dan tepukan gemuruh dari lebih dua ribu orang belia dari pelbagai pertubuhan dan persatuan.

Dalam amanat beliau mengatakan bahawa salah satu dasar Post Covid Development Strategi ( PCDS ) 2030 melalui bidang Inovasi dan Talent telah menampakan harapan tinggi dengan adanya peningkatan kreatif dan talent yang mereka persembahkan pada acara majlis tersebut.

Katanya lagi, saya amat gembira bahawa belia Sarawak telah memahami aspirasi dan dasar-dasar kerajaan yang telah saya gariskan termasuk pemilikan aset lima buah institusi tempatan dan pembentukan Dana Berdaulat yang semuanya untuk masa depan generasi belia Sarawak.

'Saya dengan penuh harapan, belia Sarawak  akan terus membantu dan mendokong perjuangan Kerajaan dengan memenangkan Kerajaan GPS pada PRU15 yang akan diadakan kelak" katanya lagi.

Di akhir majlis, beliau menyampai Anugerah kepada para pemenang  Emas dan Perak bagi Kategori Persatuan dan Kategori Individu sempena Hari Belia Peringkat Sarawak Tahun 2022.  

Turut hadir adalah Timbalan Premier Sarawak, YB Dato Sri Prof  Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Kreatif dan Persembahkan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, YB Datuk Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Timbalan - Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan YB Datuk Gerald Jabu dan YB Dr Ripin bin Lamat dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku